Cetakan Sistem e-Survey Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 27/11/2020
SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN DALAMAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG (TAHUN 2020)

YH.Dato/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian YH. Dato/Tuan/Puan terhadap perkara di atas.

Untuk makluman YH. Dato/Tuan/Puan, Pentadbiran ini sedang menjalankan kajian pengurusan organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang yang turut meliputi aspek pengurusan sumber manusia dan persekitaran kerja. Kajian Mengenai Kepuasan bekerja Warga Pejabat SUK Pahang ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kepuasan hati warga Pejabat SUK Pahang mengenai beberapa aspek kerja semasa.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya YH. Dato/Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini dan memberikan pandangan serta cadangan tambahan sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu Pentadbiran ini mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan Pejabat SUK Pahang di masa hadapan.

Kerjasama YH. Dato/Tuan/Puan juga dipohon agar dapat menjawab soalan-soalan dalam borang selidik ini selewat-lewatnya pada 02 November hingga 15 Disember 2020. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Seksyen Perhubungan Awam
Unit Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Tel : 09-5157449/09-5132334

 
A. A. MAKLUMAT PELANGGAN
 
  1. 1. Jantina
 
  2. 2. Bangsa
 
 
B. MAKLUMAT ASAS RESPONDEN
  Sila penuhi maklumat di bawah.
 
  1. Umur
 
  2. Tempoh masa berkhidmat
 
  3. Bahagian/Unit
 
 
C. IKLIM ORGANISASI
  Sila nyatakan tahap kepuasan anda pada skala 1 hingga 5 dalam setiap kenyataan di bawah.
 
 
  1. Kuasa yang diperuntukkan untuk melaksanakan kerja
 
  2. Arahan kerja yang jelas di pejabat
 
  3. Pembahagian kerja dilakukan secara adil di kalangan warga bahagian / unit di Pejabat SUK Pahang
 
  4. Peluang menggunakan sepenuhnya potensi diri
 
  5. Peluang mengikuti program latihan yang sesuai dengan keupayaan diri
 
  6. Peluang mempelajari sesuatu yang baru semasa menghadiri latihan
 
  7. Peluang mengaplikasikan apa yang dipelajari selepas latihan
 
  8. Peluang memilih untuk menghadiri latihan bagi meningkatkan prestasi diri
 
  9. Cara maklum balas yang diberikan oleh penyelia mengenai prestasi diri
 
  10. Maklum balas yang diberikan oleh penyelia adalah meliputi kekuatan diri supaya tindakan dapat diambil untuk terus meningkatkan prestasi diri
 
  11. Peluang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan
 
  12. Keberkesanan pengurusan atasan berkomunikasi mengenai matlamat dan strategi bahagian / unit di Pejabat SUK Pahang
 
  13. Keprihatinan pengurusan atasan akan kebajikan warga Pejabat SUK Pahang
 
  14. Keprihatinan pengurusan atasan akan permasalahan yang dialami warga Pejabat SUK Pahang
 
  15. Keadilan yang diamalkan oleh penyelia / ketua dalam melakukan penilaian prestasi kerja
 
  16. Peluang berinteraksi dengan pegawai / rakan sejawat di bahagian / unit lain
 
  17. Kerjasama di antara pengurusan atasan dengan pengurusan atasan meliputi ketua bahagian ke atas dengan warganya
 
  18. Kerjasama di antara anggota bahagian / unit di Pejabat SUK Pahang
 
  19. Amalan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat
 
  20. Suasana kerja secara keseluruhan
 
 
D. KEPUASAN KERJA
  Berikut adalah penyataan mengenai ciri-ciri kerja yang anda lakukan. Dengan menggunakan skala berikut, nyatakan setakat manakah anda berpuas hati dengan ciri-ciri kerja yang dinyatakan ini.
 
 
  1. Peluang untuk melakukan kerja yang berbeza dari semasa ke semasa
 
  2. Peluang untuk melakukan sesuatu yang menggunakan kebolehan diri
 
  3. Peluang untuk mencuba kaedah sendiri dalam menjalankan tugas
 
  4. Kesesuaian tugas dengan kelayakan
 
  5. Kesesuaian tugas dengan minat
 
  6. Kebebasan menggunakan pertimbangan sendiri
 
  7. Keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
 
  8. Peluang untuk melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas
 
  9. Peluang untuk terus maju dalam perkhidmatan awam
 
  10. Peluang untuk mendapat penghargaan / pengiktirafan bagi menjalankan sesuatu tugas dengan cemerlang
 
  11. Perasaan pencapaian (Sense of Achivement) hasil daripada penyempurnaan sesuatu tugas
 
  12. Hubungan dengan penyelia / ketua
 
  13. Hubungan dengan rakan sejawat
 
  14. Hubungan antara pengurusan atasan dan warga Pejabat SUK Pahang
 
  15. Kekerapan penyelia memberi maklum balas mengenai kerja yang dilakukan
 
  16. Arahan penyelia adalan jelas dan mudah difahami
 
  17. Pelaksanaan dasar-dasar organisasi
 
  18. Kesediaan pengurusan atasan untuk menerima cadangan / pendapat anggotanya
 
  19. Komitmen pengurusan atasan terhadap visi / wawasan Pejabat SUK Pahang
 
  20. Komitmen warga Pejabat SUK Pahang terhadap visi / wawasan Pejabat SUK Pahang
 
 
E. KELENGKAPAN DAN KEMUDAHAN PEJABAT
  Sila pilih jawapan anda berdasarkan tahap kepuasan terhadap kelengkapan dan kemudahan dipejabat pada kenyataan dibawah. Nyatakan lokasi di ruang CADANGAN penambahbaikan pada ruang jawapan G(2).
 
 
  1. Lokasi kemudahan komputer dan pencetak di bahagian / unit saya bersesuaian
 
  2. Lokasi kemudahan mesin faks di bahagian / unit saya bersesuaian
 
  3. Lokasi kemudahan telefon di bahagian / unit saya bersesuaian
 
  4. Lokasi kemudahan mesin fotostat di bahagian / unit saya bersesuaian
 
  5. Lokasi kemudahan kenderaan jabatan bersesuaian
 
  6. Lokasi kelengkapan pejabat (kabinet besi, kerusi dan meja) bersesuaian
 
  7. Lokasi bilik mesyuarat / bilik perbincangan di bahagian / bilik fail / unit saya bersesuaian
 
  8. Lokasi kemudahan stor peralatan bersesuaian
 
  9. Lokasi kemudahan papan maklumat bersesuaian
 
  10. Lokasi kemudahan penghawa dingin bersesuaian
 
  11. Jumlah kemudahan komputer dan pencetak di bahagian / unit saya mencukupi
 
  12. Jumlah kemudahan mesin faks di bahagian / unit saya mencukupi
 
  13. Jumlah kemudahan telefon di bahagian / unit saya mencukupi
 
  14. Jumlah kemudahan mesin fotostat di bahagian / unit saya mencukupi
 
  15. Jumlah kemudahan kenderaan jabatan mencukupi
 
  16. Jumlah kelengkapan pejabat (kabinet besi, kerusi dan meja) mencukupi
 
  17. Jumlah bilik mesyuarat / bilik perbincangan di bahagian / bilik fail / unit saya mencukupi
 
  18. Jumlah kemudahan stor peralatan mencukupi
 
  19. Jumlah kemudahan papan maklumat mencukupi
 
  20. Jumlah kemudahan penghawa dingin mencukupi
 
 
F. KEMUDAHAN KAFETERIA
  Sila nyatakan tahap kepuasan anda terhadap kelengkapan dan kemudahan dipejabat pada skala 1 hingga 5 dalam setiap kenyataan di bawah. Nyatakan CADANGAN penambahbaikan pada ruang jawapan G(2).
 
 
  1. Jenis makanan
 
  2. Kualiti makanan
 
  3. Harga makanan
 
  4. Kebersihan kawasan kafeteria
 
  5. Makanan yang mencukupi
 
  6. Layanan pihak pengusaha kafeteria
 
  7. Kerusi dan meja makan
 
  8. Ruang kafeteria
 
  9. Kebersihan tempat letak makanan, pinggan, sudu, garfu
 
  10. Kebersihan pengusaha kafeteria (memakai sampul tangan/apron)
 
 
G. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
  Sila pilih jawapan anda berdasarkan tahap kepuasan terhadap kelengkapan dan kemudahan dipejabat pada kenyataan dibawah. Nyatakan lokasi di ruang cadangan pada jawapan G(2)
 
 
  1. Lokasi tempat letak kenderaan bersesuaian
 
  2. Lokasi alat pemadam api bersesuaian
 
  3. Lokasi pantri bersesuaian
 
  4. Lokasi tandas bersesuaian
 
  5. Lokasi lif bersesuaian
 
  6. Lokasi ruang menunggu bersesuaian
 
  7. Lokasi kerusi dan meja di ruang menunggu bersesuaian
 
  8. Lokasi lampu di pejabat bersesuaian
 
  9. Lokasi pengimbas cop jari (punchkad) bersesuaian
 
  10. Lokasi tempat riadah / aktiviti sihat cergas bersesuaian
 
  11. Jumlah tempat letak kenderaan mencukupi
 
  12. Jumlah alat pemadam api mencukupi
 
  13. Jumlah pantri mencukupi
 
  14. Jumlah tandas mencukupi
 
  15. Jumlah lif mencukupi
 
  16. Jumlah ruang menunggu mencukupi
 
  17. Jumlah kerusi dan meja di ruang menunggu mencukupi
 
  18. Jumlah lampu di pejabat mencukupi
 
  19. Jumlah pengimbas cop jari (punchkad) mencukupi
 
  20. Jumlah tempat riadah / aktiviti sihat cergas mencukupi
 
 
H. PANDANGAN DAN CADANGAN
 
 
  1. Apakah pandangan anda terhadap Pejabat SUK Pahang secara keseluruhan?
   
 
  2. Apakah cadangan anda untuk menambah baik Pejabat SUK Pahang sebagai sebuah tempat kerja yang kondusif ?
   
 
 
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YH. DATO' / TUAN / PUAN MELENGKAPKAN BORANG SOAL SELIDIK INI. SEMUA MAKLUMAT HANYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KAJIAN INI SAHAJA.