Cetakan Sistem e-Survey Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 27/11/2020
SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN LUARAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG TAHUN 2020

YH.Dato/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian YH. Dato/Tuan/Puan terhadap perkara di atas.

Untuk makluman YH. Dato/Tuan/Puan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang sedang menjalankan kajian pengurusan organisasi di Pentadbiran ini yang turut meliputi aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Pejabat SUK Pahang ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kepuasan hati pelanggan Pejabat SUK Pahang mengenai beberapa aspek penyampaian perkhidmatan. Sehubungan itu, sukacita sekiranya YH. Dato/Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini dan memberikan pandangan serta cadangan tambahan sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu Pentadbiran ini untuk mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan Pejabat SUK Pahang di masa hadapan.

Kerjasama YH. Dato/Tuan/Puan juga dipohon agar dapat menjawab soalan-soalan dalam borang selidik ini selewat-lewatnya pada 20 Oktober 2020 hingga 15 Disember 2020. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Seksyen Perhubungan Awam
Unit Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Tel : 09-5157449/09-5132334/09-5163405

 
A. MAKLUMAT ASAS RESPONDEN
  Sila pilih jawapan yang berkenaan.
 
  1. ORGANISASI
 
  2. JANTINA
 
  3. UMUR
 
 
B. KEKERAPAN, TUJUAN, KAEDAH DAN TEMPAT BERURUSAN
  Sila pilih jawapan yang berkenaan.
 
  1. Kekerapan Anda Berurusan Di Pejabat SUK Pahang (Purata Setahun)
 
 
  2. Tujuan Berurusan (Pilihan Jawapan Boleh Melebihi Satu)
    Aduan
    Menghadiri Mesyuarat / Seminar / Taklimat / Bengkel
    Urusan Borang-borang Yang Berkaitan (Pendidikan, Biasiswa, Perkahwinan,Pengesahan Kumpulan A)
    Memberikan Khidmat Perundingan Sebagai Konsultan
    Menyampaikan Ceramah / Taklimat
    Urusan Perkhidmatan Sebagai Pembekal
    Urusan Sewaan Dewan SUK
    Urusan Perumahan (borang, pengemaskinian)
 
 
  3. Cara Anda Berurusan Dengan Pejabat SUK Pahang (Pilihan Jawapan Boleh Melebihi Satu)
    Telefon
    Surat
    Emel / Portal
    Temu janji / Bersemuka Secara Rasmi Dengan Pegawai
    Kaunter perkhidmatan / Pertanyaan Umum
    Forum Rasmi Seperti Mesyuarat / Seminar/ Taklimat dan Sebagainya
 
 
  4. Pejabat / Bahagian / Unit Yang Anda Berurusan (Pilihan Jawapan Boleh Melebihi Satu)
    Pejabat YAB Menteri Besar
    Pejabat YB Setiausaha Kerajaan
    Bahagian Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Bahagian Khidmat Pengurusan
    Bahagian Teknologi Maklumat
    Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
    Bahagian Perumahan
    Bahagian Kerajaan Tempatan
    Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi
    Badan Kawal Selia Air
    Majlis Sukan Pahang
    Unit Audit Dalam
    Unit Korporat
    Unit Integriti
 
 
  5. Bagaimana anda Mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
    Hebahan Radio Pahang
    Media Cetak
    Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang
    Facebook Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur
    Forum Rasmi / Seminar
    Surat / Memo
    E-mel
    Telefon
 
 
C. KUALITI PERKHIDMATAN / LAYANAN PEJABAT SUK PAHANG
  Sila pilih jawapan anda berdasarkan tahap kepuasan anda terhadap kualiti perkhidmatan / layanan pejabat SUK Pahang dalam setiap kenyataan di bawah.
 
 
  1. Bersifat Mesra dan Berbudi Bahasa
 
  2. Berusaha Untuk Memudahkan Pelanggan
 
  3. Berkemahiran Dan Cekap Dalam Menjalankan Tugas
 
  4. Memberi Penjelasan Dan Penerangan Yang Tepat
 
  5. Cepat dan Responsif
 
  6. Menyelesaikan Urusan Mengikut Tempoh Masa Yang Dijanjikan
 
  7. Sedia Menerima Pandangan Atau Kritikan Pelanggan
 
  8. Memberikan Layanan Yang Sama Rata Kepada Semua Pelanggan
 
  9. Bijak Mengawal Emosi / Bersikap Profesional
 
  10. Kualiti Perkhidmatan / Layanan Secara Keseluruhan
 
 
D. PERSEKITARAN
  Sila nyatakan tahap kepuasan anda pada skala 1 hingga 5 dalam setiap kenyataan di bawah.
 
 
  1. Persekitaran Pejabat
 
  2. Kemudahan Tempat Letak Kenderaan
 
  3. Kemudahan Tandas
 
  4. Kemudahan Lif
 
  5. Ruang Menunggu
 
  6. Bilik Perbincangan / Bilik Mesyuarat
 
  7. Kantin/Kefeteria
 
 
E. MASA
  Sila nyatakan tahap kepuasan anda pada skala 1 hingga 5 dalam setiap kenyataan di bawah.
 
 
  1. Tempoh Menunggu
 
  2. Tempoh Mendapatkan Maklumat
 
  3. Tempoh Urusan Diselesaikan
 
 
F. PANDANGAN DAN CADANGAN
 
 
  1. Cadangan Anda Untuk Menambahbaik Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang:
   
 
 
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YH. DATO' / TUAN / PUAN MELENGKAPKAN BORANG SOAL SELIDIK INI. SEMUA MAKLUMAT HANYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KAJIAN INI SAHAJA.