Cetakan Sistem e-Survey Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 27/10/2026
SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN DALAMAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG (TAHUN 2026) TERBARU

YH.Dato/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian YH. Dato/Tuan/Puan terhadap perkara di atas.

Untuk makluman YH. Dato/Tuan/Puan, Pentadbiran ini sedang menjalankan kajian pengurusan organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang yang turut meliputi aspek pengurusan sumber manusia dan persekitaran kerja. Kajian Mengenai Kepuasan bekerja Warga Pejabat SUK Pahang ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kepuasan hati warga Pejabat SUK Pahang mengenai beberapa aspek kerja semasa.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya YH. Dato/Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini dan memberikan pandangan serta cadangan tambahan sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu Pentadbiran ini mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan Pejabat SUK Pahang di masa hadapan.

Kerjasama YH. Dato/Tuan/Puan juga dipohon agar dapat menjawab soalan-soalan dalam borang selidik ini selewat-lewatnya pada 01 November hingga 30 November 2026. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Seksyen Perhubungan Awam
Unit Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Tel : 09-5157449/09-5132334

 
A. BAHAGIAN A: MAKLUMAT RESPONDEN
  Sila pilih (✓) pada petak yang berkenaan. Maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan analisis dan tidak akan mengenal pasti identiti individu.
 
  1. * Jantina
 
 
  2. * Umur
 
 
  3. * Kategori Responden (Kumpulan Perkhidmatan)
 
 
  4. * Tempoh Berkhidmat di Pejabat SUK Pahang
 
 
  5. * Bahagian / Unit tempat anda berkhidmat
 
 
 
B. BAHAGIAN B: TAHAP KEPUASAN PELANGGAN
  Berdasarkan pengalaman anda dalam tempoh enam (6) bulan yang lepas, sila pilih (✓) satu (1) skor bagi setiap kenyataan menggunakan skala berikut:
 
 
  1. * MANUSIA
a. Empati (Pegawai/petugas prihatin dengan keperluan saya.)
 
 
  2. * MANUSIA
b. Sikap (Pegawai/petugas memberikan layanan yang adil tanpa mengira pangkat atau jawatan.)
 
 
  3. * MANUSIA
c. Kompetensi (Pegawai/petugas berpengetahuan dan cekap dalam menyampaikan maklumat/perkhidmatan.)
 
 
  4. * MANUSIA
d. Komitmen (Pegawai/petugas memberikan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan urusan saya.)
 
 
  5. * PROSES
a. Ketepatan masa (Urusan saya diselesaikan dalam tempoh masa yang dijanjikan.)
 
 
  6. * PROSES
b. Kebolehpercayaan (Arahan, panduan dan prosedur mudah difahami.)
 
 
  7. * PROSES c. Kebolehpercayaan (Pegawai/petugas dapat menyelesaikan masalah saya.)
 
 
  8. * PROSES d. Responsif (Pegawai/petugas memberikan maklum balas dengan segera.)
 
 
  9. * PROSES e. Responsif (Status urusan saya dimaklumkan secara berkala sehingga selesai.)
 
 
  10. * PROSES f. Jaminan (Perkhidmatan yang saya terima menepati standard dalam Piagam Pelanggan Pejabat SUK Pahang.)
 
 
  11. * TEKNOLOGI a. Mesra pengguna (Sistem/portal/aplikasi dalam talian mudah diakses dan digunakan.)
 
 
  12. * TEKNOLOGI b. Keselamatan Data (Saya yakin data saya dilindungi dengan baik apabila berurusan melalui saluran digital.)
 
 
  13. * TEKNOLOGI c. Kebergunaan (Perkhidmatan digital memenuhi keperluan saya)
 
 
  14. * TEKNOLOGI d. Kebergunaan (Status permohonan dapat dijejak dengan mudah dan tepat.)
 
 
  15. * INFRASTRUKTUR a. Ketara (Sistem dan rangkaian digital adalah stabil dan laju.)
 
 
  16. * INFRASTRUKTUR a. Persekitaran kondusif (Persekitaran pejabat bersih dan selesa, termasuk penghawa dingin dan pencahayaan.)
 
 
  17. * INFRASTRUKTUR b. Kemudahan sokongan (Kemudahan pantri, tandas dan lif mencukupi, bersih dan berfungsi dengan baik.)
 
 
  18. * INFRASTRUKTUR c. Kemudahan sokongan (Tempat letak kenderaan mencukupi dan papan tanda arah jelas.)
 
 
  19. * INFRASTRUKTUR d. Kemudahan sokongan (Kemudahan kafeteria (jenis, kualiti, harga dan kebersihan) adalah memuaskan.)
 
 
  20. * INFRASTRUKTUR a. Kebolehcapaian (Bahagian/unit mudah dihubungi melalui pelbagai saluran.)
 
 
  21. * KEPUASAN PELANGGAN JANGKA PANJANG a.Peningkatan perkhidmatan (Perkhidmatan yang diterima semakin baik sejak kebelakangan ini.)
 
 
  22. * KEPUASAN PELANGGAN JANGKA PANJANG a.Keyakinan terhadap perkhidmatan masa depan (Saya yakin perkhidmatan Pejabat SUK Pahang akan terus memenuhi keperluan saya.)
 
 
  23. * KEPUASAN PELANGGAN JANGKA PANJANG a.Maklum balas dan penghargaan (Maklum balas pelanggan diambil kira untuk penambahbaikan berterusan.)
 
 
  24. * KEPUASAN PELANGGAN JANGKA PANJANG a.Kepuasan keseluruhan (Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan perkhidmatan bahagian/unit lain di Pejabat SUK Pahang.)
 
 
 
C. BAHAGIAN C: MAKLUM BALAS DAN CADANGAN (PILIHAN)
 
 
  1. * Nyatakan kesulitan yang anda hadapi semasa berurusan dengan bahagian/unit lain di Pejabat SUK Pahang (jika ada).
 
   
 
  2. * Nyatakan cadangan penambahbaikan anda. Sila nyatakan lokasi (jika berkaitan) dan sebabnya.
 
   
 
 
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA TUAN / PUAN MELENGKAPKAN BORANG SOAL SELIDIK INI. SEMUA MAKLUMAT HANYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KAJIAN INI SAHAJA.